Sunday, October 21, 2012

Tuan Rumah..


Assalamualaikum..

Selamat datang ke Blog saya.

Idea untuk menghasilkan blog sendiri telah lama berada difikiran saya cuma tak pernah serius untuk betul-betul menulis blog peribadi. Sebelum ini saya mempunyai beberapa blog untuk perniagaan sambilan saya tetapi tidak begitu aktif disebabkan oleh faktor masa.

Namun, sejak akhir2 ini saya betul2 teruja untuk menulis blog setelah melihat blog kakak ipar saya yang menceritakan kisahnya sekeluarga. Saya beranggapan bahawa ini adalah salah satu cara untuk saya menyimpan memori-memori dan peristiwa penting yang berlaku dalam hidup saya. Tambahan pula saya baharu sahaja melangkah ke satu lagi peringkat dalam hidup saya iaitu ‘berumah tangga’… ngeeee J.

Sebagai orang yang dikategorikan baru dalam dunia blog ini, mungkin terdapat terdapat sedikit kesilapan di sana sini.. maafkanlah ye..

Saya berharap blog ini boleh dijadikan kenangan buat keluarga saya pada masa akan datang. InsyaAllah..